izieeda...

izieeda telah berada dalam dunia fotografi sejak dari tahun 2007. berpengalaman mengambil gambar-gambar Majlis Perkahwinan,Majlis pertunangan,Majlis Hari Jadi,Majlis Graduasi,Majlis Rasmi sambutan Hari raya,dan majlis perpisahan bagi kakitangan yang bersara atau bertukar ke luar,dan lain-lain lagi.
Kesemua Perkhidmatan di datangkan dalam pakej yang menarik dan berpatutan,Mutu imej adalah yang terbaik seiring dengan ketelitian editor dalam memenuhi kepuasan pelanggan dalam menghasilkan karya yang boleh disimpan sepanjang masa.
Izieda berada di Perak,Selangor,Seremban dan Kuala lumpur.Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi izieeda.blogspot.com
izieeda sedia memberi keindahan seni fotografi kepada anda.Dalam blog ini saya juga akan kongsikan sebahagian pengalaman kehidupan saya sebagai seorang jurugambar..Terima Kasih kerana mengunjungi blog ini..=)

izieeda photography menawarkan kepada anda perkhidmatan fotografi dari harga yang murah dan berpatutan sesuai dengan pakej yang di pilih...
1. Pastikan pakej yang anda pilih sesuai dengan acara majlis anda.
2. Fotoshoot untuk OUTDOOR(WEDDING) adalah PERCUMA. (harga pakej tidak akan berubah jika dibatalkan)
3. Pakej juga tidak berubah jika anda tidak melaksanakan seluruh acara. Anda perlu bijak memilih pakej yang sesuai. Jika perlu anda boleh berbincang dengan kami.
4. Setiap pakej hendaklah didahulukan deposit mengikut pakej yang mana bayaran minimum adalah kira-kira RM300.00. Jika berlaku pembatalan kami akan memulangkan wang deposit kepada anda sebanyak RM200.00 dan baki RM100.00 dianggap kos kerugian kami kerana menolak tempahan lain setelah anda membuat pengesahan untuk tempahan perkhidmatan fotografer pada hari tersebut.
5. Untuk mendapatkan salinan DVD bagi setiap pakej, anda perlu menjelaskan semua bayaran mengikut pakej yang dipilih SEMINGGU sebelum majlis diadakan. Jika bayaran masih berbaki.... salinan DVD akan disertakan bersama album kemudian yang mungkin terpaksa anda tunggu. .
kepercayaan hendaklah di beri 100% kepada kreativiti,kerja,gaya,gambar dan service yang di beri...
-CEO-

Selasa, 22 Februari 2011

kenali fotografi

Sejarah Fotografi
*Kamera Mammoth - 1900
Senifoto ialah lukisan menerusi cahaya. Tanpa cahaya senifoto tidak boleh berfungsi. Istilah Photography diperkenalkan pada tahun 1839. Ketika teknologi senifoto terus berkembang bersama dengan tamadun manusia, ilmu amat penting bagi menjana mutu kerja pengamal senifoto. Dalam era ledakan ICT perkembangannya amat ketara sekali apabila senifoto telah diadun bersama teknologi ICT dan wujudnya Kamera Digital yang telah merobah dunia senifoto.
Senifoto tradisional masih dibenarkan berkembang bersama dengan perkembangan ledakan teknologi ICT. Senifoto tidak dapat dipisahkan dengan tradisi tradisionalnya. Kamera digital telah dapat diterima dengan meluas namun senifoto menggunakan filem masih ada tempat dikalangan pengamal senifoto.
Kamera mula diperkenalkan ketika para pelukis menghadapi masalah untuk merakamkan imej potrek sekitar abad 17 dan 18.Justeru itu mereka telah mencipta kamera Abscura untuk kemudahan merakam imej.
Tahun 1900 seorang Jurugambar telah mencipta kamera Mammoth (lihat gambar diatas). Kamera ini amat besar ukurannya dimana beratnya 1,400 pound. Lens seberat 500 pound. Sewaktu mengubah atau memindahkannya tenaga manusia seramai 15 orang diperlukan!. Kamera ini menggunakan filem sebesar 4 ½ x 8 kaki dengan bahan kimia sebanyak 10 gallons digunakan ketika memprosesnya.
Abscura telah diubahsuai sehinggalah tercipta kamera Kodak oleh George Eastmen pada tahun 1888. yang lebih kecil. Pada zaman ini wujud kamera lebih kecil dan yang terkini ialah kamera digital.
Kamera jenama KodakDiawal kewujudan kamera digital tidak ramai menggemarinya terutama kalangan profesional. Ini kerana kamera digital generasi awal sekitar hujung tahun 1980an, masih menggunakan ciri-ciri kamera kompak. Kamera digital waktu itu kecil, ringan dan kemampuan imej tidak memenuhi kehendak profesional. Namun begitu sekitar awal 2000 kamera digital direka dengan mengambil kira selera profesional. Akhirnya kita telah memperolehi kamera digital dalam format SLR (Single Lens Reflex). Walaubagaimanapun harganya mesih mahal dan tidak semua orang mampu memilikinya namun terdapat kamera digital yang menyerupai SLR boleh dibeli dengan harga agak murah.
Kamera digital jenis kompak
Kamera digital SLR
ETIKA DALAM BIDANG SENI FOTO:Dalam apa jua profession yang diceburi, etika dan adap perlu dipatuhi. Begitu juga dalam bidang senifoto. Terutamanya bagi Jurufoto Professional (JP) yang menjadikan senifoto sebagai sumber rezeki. Namun para amatur juga tidak terkecuali kerana senifoto tidak boleh dibandingkan dengan profession lain. Contohnya Peguam, Doktor, Akuantan, Jurutera (sekadar beberapa contoh jawatan professional) mempunyai badan yang mengawal tingkah laku mereka. Jurufoto tidak ada badan begitu. Cuma kalau ada jurufoto akhbar dan majallah yang menjadi ahli dalam Pertubuhan Akhbar peringkat kebangsaan atau negeri yang mengawal mereka.
Jurufoto Amatur (JA) tidak terkecuali. Semua peraturan, etika, adap hendaklah dipatuhi oleh mereka. Jika tidak kerjaya mereka akan menjadi sukar diusahakan kerana tindakan yang mungkin diambil oleh pihak-pihak tertentu.
Secara am, segala etika bergantung pada keadaan di mana jurufoto berada. Di negara kita jurufoto wajib mematuhi undang-undang Malaysia. Samada jurufoto Malaysia atau luar negara undang-undang disini perlu dipatuhi.
Peraturan tertentu seperti di jabatan-jabatan kerajaan, syarikat-syarikat perlu dipatuhi. Mereka mempunyai paraturan khas. Tidak semua kawasan, premis tertentu boleh dimasuki begitu mudah.
Di Malaysia kerajaan menerusi Jabatan Penerangan mengawal dan mendaftar semua petugas akhbar dalam dan luar negara. Begitu juga petugas dari agensi kejaan. Mereka akan diberikan Kad Pengakuan Akhbar. Kad ini akan mencetak nama, pertubuhan yang diwakili. Terdapat gambar sebagai pengenalan.Kad ini perlu dipakai ketika membuat liputan di majlis-majlis yang dihadiri oleh Yang Di Pertuan Agong, Sultan dan Raja, Perdana Menteri dan para menteri.
Namun kad ini tidak menjadi peraturan mutlak, kerana ada majlis-majlis tertentu tidak boleh digunakan kerana penganjur mengeluarkan pas khas acara-acara tertentu sebagai mengawal jumlah kehadiran petugas media.
Mana boleh semua jurufoto membanjiri mana-mana majlis. Contohnya Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran di Istana. Majlis di Parlimen, Majlis Konvokesyen di Universiti. Secara umumnya tidak semua jurufoto boleh masuk ke mana-mana majlis anjuran kerajaan atau syarikat.
Merakam gambar premis tertentu juga perlu diberi perhatian. Tidak semua bangunan boleh dirakam sewenang-wenangnya. Anda boleh ditahan atau disoal siasat jika merakam gambar tanpa kebenaran. Umpamanya di kawasan Istana, bangunan kerajaan, kilang dan sebagainya. Bayangkan jika pihak kilang mengesyaki anda berniat jahat?
Majlis-Majlis RasmiSaya ingin menurunkan beberapa etika ketika berada di majlis-majlis rasmi sebagai garis panduan semua jurufoto.
Menjadi satu pemandangan biasa kita melihat jurufoto seperti bebas berada di majlis-majlis rasmi.Sebenarnya tidak. Mereka tetap dikawal oleh pegawai khas yang sentiasa memerhati gerak geri. Jika salah pergerakan, mereka akan diarah keluar!!
Jurufoto juga diarah mengikuti peraturan majlis. Mereka akan ditempatkan di sudut khas. Ada masanya mereka tidak dibenarkan bergerak bebas. Lihat istiadat di Istana yang sering disiarkan oleh TV, anda mungkin tidak terlihat jurufoto bebas. Begitu juga di Parlimen.
Jurufoto tidak boleh berada rapat dengan VVIP atau VIP. Jarak antara 15-20 kaki adalah jarak yang masih di dibolehkan jika di majlis Yang Di Pertuan Agong, Sultan dan Raja, Perdana Menteri.
Jika VVIP berada diatas pentas, jangan merakam gambar dari atas pentas. Jurufoto perlu berada di bawah pentas. Di sinilah lens Telephoto/Zoom digunakan.
Jika berada di majlis makan, jangan rakam gambar semasa tetamu sedang mengunyah makanan. Kalau perlu juga merakam gambar mereka waktu itu minta kebenaran (bukan Raja) mereka.
Pakaian menjadi perkara yang utama ketika anda berada majlis-majlis rasmi. Jika majlis dihadiri oleh Duli-Duli Sultan, pakaian yang sesuai ialah suit lengkap. Jika majlis rasmi lain ialah pakaian bersopan. Jangan memakai TShirt dan Jeans, Seluar pendek!
Namun apa yang mustahak jika anda terlibat dalam apa-apa jua majlis pastikan mendapat peraturan dari pegawai khas dalam majlis tersebut. Selain itu sebagai orang timur yang tinggi nilai sopan santun, fikirlah apa yang baik dalam budaya kita itu adalah yang sesuai dengan majlis tersebut. Takkanlah orang bersopan dalam majlis kita tidak? Yang mustahak kalau boleh ikutilah kursus-kursus protokol jika ada
Begitu juga jika anda terlibat dalam acara sukan, belajar undang-undang jika tidak anda akan berada di tengah padang pulak!
Jurufoto perlu sedar dimana bumi dipijak. Sebagai jurufoto Islam, gunakan Islam sebagai panduan sempurna. Ingat perkara yang Islam larang itu adalah yang perlu ditinggalkan. Jangan musnahkan kemurnian Islam, negara, moral bangsa. Pegang amanah. Jangan rosakkan peribadi orang lain dengan ilmu dan kemahiran anda.
Membentuk keperibadian yang unggul adalah lambang tamadun manusia. Sifat Amanah, Jujur, menyimpan rahsia adalah sifat yang baik perlu ditanamkan pada diri seorang jurufoto. Jangan menggunakan menjadikan senifoto sebagai pisau untuk memusnahkan orang lain. Bentuk peribadi yang mulia untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.
Fotografi Kanak-Kanak Kanak-kanak adalah objek yang menarik untuk dirakamkan. Tidak kira kanak-kanak itu siapa, anak, adik, anak saudara, atau anak kenalan anda. Apa saja ragamnya amat menarik untuk diabadikan dalam bentuk gambar.
Banyak kegunaannya jika diabadikan. Untuk keselamatan, sejarah dan sebagainya. Bayangkan jika anak itu bila dia besar dan menjadi orang ternama, gambarnya begitu menarik dijadikan bahan sejarahnya. Tapi, secara peribadi penulis mengakui gambar anak-anak ketika kecil amat nostalgia jika disimpan dalam bentuk freme, album. Paras rupa mereka semasa bayi, atau peringkat umur bawah 7 tahun amat menarik.
Sesuai dengan wujudnya teknologi rakaman terutama kamera, maka jangan lupa menyimpan rekod peribadi anak anda semasa kecil. Anda akan tahu nikmatnya ketika merela telah dewasa dan mereka berada jauh dari mata..
Teknik:Penulis ingin berkongsi teknik dengan pembaca agar gambar yang rakamkan berkualiti disamping tidak menjejaskan kesihatan anak-anak anda.
Pantang larang orang-orang tua "Jangan ambil gambar anak kecil" ada logiknya. Tapi anda boleh membetulkan teknik mengambil gambar agar mata anak kecil tidak rosak. Kesan flash amat kuat. Oleh itu elakkan flash terus memancarkan ke muka bayi. Jika menggunakan kamera SLR elok digunakan teknik lantulan cahaya (Bounce Flash). Atau gunakan teknik Low Shutter Speed.
Sekiranya anda menggunakan Astamatik kamera pastikan flash yang ada pada kamera tersebut tidak terus menyimbah muka bayi. Gunakan sedikit tisu, kain lembut dan letakkan pada permukaan flash agar cahaya yang dipancar menjadi lemah. Namun begitu masih boleh digunakan dengan membetulkan sudut kamera agar mata bayi tidak terjejas.
Merakam gambar kanak-kanak dengan kamera Astamatik perlu berhati-hati agar tidak terlalu close-up kerana kesannya akan kabur.
Kamera SLR amat sesuai untuk merakam gambar bayi/kanak-kanak. Anak-anak bersifat pemalu, ingin tahu dan tidak ikut arahan. Justeru, anda harus menggunakan lens yang sesuai umpamanya Telephoto atau Zoom (70~105mm). Dengan penggunaan lens-lens ini anda boleh merakam candid fotografi. Lebih menarik merakam gambar anak-anak dalam keadaan begini agar gayanya lebih bersahaja.
Kedudukan kamera dengan kanak-kanak biarlah sama rata agar gambar yang dirakamkan tidak kelihatan dari sudut atas kepala. Ketika merakam, anda perlu duduk.
Jika anda tidak memiliki lens tele atau zoom, lens yang paling sesuai untuk merakam kanak-kanak ialah Normal atau Mikro.
Filter boleh digunakan. Terutamanya jika cahaya sekitaran kekuningan maka filter biru amat sesuai. Filter hanyalah kesan sampingan untuk mencantikkan gambar sahaja. Sedangkan muka kanak-kanak telah halus tanpa kesan jerawat atau jeragat. Oleh itu jika anda ingin menggunakan Soft Filter adalah tidak salah kerana kesanya lebih menarik.
Menunggu anak-anak beraksi memerlukan kesabaran yang tinggi. Tidak semua kanak-kanak mahu beraksi seperti remaja/orang dewasa. Biasanya mereka tidak mahu menimbulkan aksi bersahaja. Adalah lebih baik kita beraksi depan mereka. Tunjukkan kita berminat dengan permainan yang sedang dilakukan. Hasilnya kita akan memperolehi aksi spontan seorang kanak-kanak.
Rekod: Merekod atau meyimpan gambar yang telah dirakamkan dalam berbagai kaedah adalah cara untuk menghargai mereka. Secara tidak langsung akan mencerminkan kasih sayang kita pada mereka
Menyimpan cara biasa dilakukan ialah dengan menyimpan di dalam album atau frame. Sesuai dengan perkembangan ICT, gambr-gambar itu boleh disimpan dalam Disket, Cakera Padat. Biar apa cara sekalipun semuanya boleh melahirkan bahawa anda menyayangi anak-anak anda.
Kerjaya Bidang SenifotoPusat Pengajian:
anda yang berminat menceburi senifoto sebagai kerjaya boleh mendalami ilmu di beberapa Institusi Pengajian/Latihan di dalam negara.

* Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor telah lama menyediakan program senifoto sebagai bidang pengajian sejak dulu lagi dengan menawarkan Diploma Photography. Kini difaham telah mewujudkan program ijazah. Tawaran biasanya ditawarkan dalam akhbar tempatan setiap musim pengambilan siswa/i.
* Institut Kemahiran Belia PERETAK, Kuala Kubu Bahru; Selangor juga menyediakan Kursus Senifoto pada peringkat sijil. Keutamaan untuk belia yang aktif dalam kegiatan persatuan/kelab belia. Untuk rujukan sila hubungi pejabat belia daerah atau negeri anda.
Disamping itu terdapat kursus pilihan di IPTA contohnya menawarkan kursus peringkat elektif, ko-korikulum kepada pelajar-pelajar yang mengambil kursus wajib. Maksudnya anda perlu mendaftar sebagai pelajar mana-mana IPTA sebelum memilih kursus ini.
Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Ko-Korikulum menwarkan kursus senifoto selama 2 semester. Fakulti Sains Kemasyarakatan untuk pelajar kursus komunikasi, Fakulti Pendidikan ditawarkan sebagai kursus elektif.
U niversiti-universiti lain juga menawarkan kursus senifoto dibawah program kursus keseniannya. Contoh USM, UNIMAS.
Terdapat beberapa kolej swasta menawarkan kursus senifoto. Anda boleh melihat iklan-iklan dalam media cetak.
Kerjaya Bidang Senfoto:Kerjaya apakah yang terdapat di jabatan-jabatan kerajaan yang boleh diceburi, atau di sektor swasta manakah pula menawarkan kerjaya dalam senifoto.

kepada tiga kumpulan kerjaya.

Di sektor awamKini jawatan sebagai Ahli Fotografi ditawarkan pada peringkat lulusan Sijil Pelajaran Malaysia dengan kemahiran yang tinggi. Jawatan ini dulu dikenali sebagai Jurufoto.
Terdapat juga jawatan yang lebih tinggi seperti Pegawai Penerbitan, Penolong Pegawai Foto, Ahli Fotografi Kanan, Pensyarah bidang senifoto.
Tugas dalam bidang ini meliputi senifoto still dan cenimatography (vedio). Banyak jabatan kerajaan dan badan berkanun menawarkan jawatan ini. Cuma bergantung pada kekosongan sahaja. Soal gaji anda boleh rujuk laman web Jabatan Perkhidmatan Awam.
Antara jabatan kerajaan yang menawarkan jawatan sebagai Ahli Fotografi:
* Jabatan Penerangan
* Radio Television Malaysia (RTM)
* Agensi Berita BERNAMA
* Jabatan-jabatan kerajaan lain seperti badan berkanun, RISDA, MARA,Universiti-

Universiti Tempatan dan berbagai lagi.
Sektor swastaTidak semua sektor swasta menawarkan kerjaya ini kerana terdapat badan koprat menggunakan khidmat jurufoto apabila perlu sahaja. Namun terdapat juga syarikat besar menyediakan jawatan jurufoto. Namun pihak akhbar, majallah menyediakan kerjaya sebagai Wartawan Foto.Bidang pengiklanan perfileman menggunakan khidmat jurufoto samaada still atau movie
Usahawan
Menjadi usahawan foto tidak kurang hebatnya. Jika kita lihat, kedai-kedai gambar wujud begitu merangsang sekali.

nak cerita pasal Horror Photography....dalam blog Joshua Hoffine di mana dia seorang photographer yang minat terhadap "psycology of fear"
fotografi seram ini juga mampu menunjukkan perasaan yang sukar dilupakan dalam tempoh2 tertentu. Beliau juga ingin memberitahu imej-imej dapat menyampaikan mesej tanpa menggunakan apa2 jenis komunikasi "picture can tell a housand word" . Kebanyakan prop2 yang digunakan adalah diperolehi daripada kawan2 nya, family mebers dan juga anak nya sendiri..
Jadi tontonilah hasil2 karya beliau yang boleh dikatakan sangat mengagumkan..idea yang bernas
*bercerita tentang filter… Bukan penapis minyak mahupun penapis udara, tapi filter yang digunakan dalam fotografi. Mungkin ada yang tak tahu macam mana rupa filter tu kaN
Begini lah rupa die… Ianya mempunyai size yang tertentu… Size tu pula bergantung pada saiz thread lens korang… (bahagian paling depan lens korang tu) , paling besar filter setakat yang saya tahu ialah 82mm… yang paling kecil saya tak tau… Ianya akan di pasang pada depan lens korang
UV filter – Filter ni antara accessory wajib untuk kamera korang… Ianya bertujuan untuk memprotect lens element korang yang paling depan tu daripada bercalar… Selain itu, seperti namanya, ianya turut menapis sinaran UV yang akan menyebabkan haziness… Circular Polarizer Filter (CPL) – Filter ni ada dua fungsi, pertama – ianya membuang reflection pada cermin atau permukaan air dan kedua, ianya mampu menambah contrast pada langit…
*menggunakan polarizer filter… cantik gitu… Neutral Density Filter (ND) – Filter ini bertujuan untuk menghad kan kemasukan cahaya kedalam kamera korang… Ianya berguna bila korang nak tangkap gambar portrait pada siang hari menggunakan bukaan aperture yang besar… Atau, kalau korang nak tangkap gambar air tapi nak pakai slow shutter speed supaya air tu nampak macam kapas-kapas gitu… ND filter ni di kategorikan dengan nilai ND 2, ND 4, ND 8 kebiasaannya… Semakin besar nombor ND nye, semakin gelap lah filter itu jadi, semakin kurang lah jumlah cahaya yang masuk.
Konsep dari fotografi. Pada dasarnya, fotografi adalah proses membuat gambar (image) dengan menggunakan cahaya sebagai medium. “Melukis dengan cahaya” adalah kata-kata yang selalu dikaitkan dengan fotografi. Cahaya itu sendiri yang membuat lukisan. Kalau seorang pelukis memerlukan kanvas, beberapa botol atau cat. Dalam fotografi, kita memakai alat yang berbeza untuk membuat “lukisan”, iaitu (1) sumber cahaya sebagai catnya kita, (2) alat perakam cahaya sebagai kanvas kita, dan (3) alat kawalan cahaya sebagai kuasa kita. Namun dalam fotografi juga dikenale sebagai Element of Art (EOA). EOA dalam fotografi sangat penting kerana EOA dapat menentukan komposisi hasil dari foto itu sendiri, EOA juga dapat digunakan sebagai dasar kita dalam membuat atau mengabadikan sebuah moment. Seni dalam fotografi adalah hal yang sangat penting dan hal yang perlu diperhatikan, dan peranan EOA dalam fotografi adalah sebagai dasar dari elemen-elemen seni yang ada dalam foto.
Komposisi secara sederhana diertikan sebagai cara menata elemen-elemen dalam gambar, elemen-elemen ini menrangkumi garis, shape, form, warna, terang dan gelap. Cara anda menata komposisi dalam jendela bilik akan diinterprestasikan kemudian setelah foto anda tersebut dicetak. Yang paling utama dari aspek komposisi adalah menghasilkan visual impact- sebuah kemampuan untuk menyampaikan perasaan yang anda inginkan untuk berekspresi dalam foto anda. Dengan demikian anda perlu menata sedemikian rupa agar tujuan anda tercapai, apakah itu untuk menyampaikan kesan statik dan pegun atau sesuatu mengejutkan, beza, eksentrik. Dalam komposisi klasik selalu ada satu titik perhatian yang pertama menarik perhatian. Hal ini terjadi kerana penataan posisi, subordinasi, kontras cahaya atau intensitas subjek dibandingkan sekitarnya atau pengaturan sedemikian rupa yang membentuk arah yang membawa perhatian pengamat pada satu titik.
Secara keseluruhan, komposisi yang baik memiliki proporsi yang menyenangkan. Ada keseimbangan antara gelap dan terang, antara bentuk padat dan ruang terbuka atau warna-warna cerah dengan warna-warna redup. Pada kesempatan-kesempatan tertentu, bila dibutuhkan mungkin anda akan membutuhkan komposisi anda seluruhnya simetris. Seringkali gambar yang anda buat lebih dinamis dan secara visual lebih menarik bila anda menempatkan subjek ditengah. Anda harus menghindari sebuah garis pembagi biarpun itu vertikal.

Untuk menghindari sebuah gambar yang dinamik diperlukan juga kehadiran irama. Irama ini terjadi kerana adanya pengulangan berkali-kali sebuah objek yang berukuran kecil. Kehadiran irama dalam gambar mengesankan adanya suatu gerakan.

* Garis jurugambar yang baik kerap menggunakan garis pada karya-karya mereka untuk membawa perhatian pengamat pada subjek utama. Garis juga dapat menimbulkan kesan kedalaman dan memperlihatkan gerak pada gambar. Ketika garis-garis itu sendiri digunakan sebagai subjek, yang terjadi adalah gambar-gambar menjadi menarik perhatian. Tidak penting apakah garis itu lurus, melingkar atau melengkung, membawa mata keluar dari gambar. Yang penting garis-garis itu menjadi dinamis.
* Shape Salah satu formula paling sederhana yang dapat membuat sebuah foto menarik perhatian adalah dengan memberi prioritas pada sebuah elemen visual. Shape adalah salah satunya. Kita umumnya menganggap shape sebagai outline yang tercipta karena sebuah shape terbentuk, pada intinya, subjek foto, gambar dianggap memiliki kekuatan visual dan kualitas abstrak. Untuk membuat shape menonjol, anda harus mampu memisahkan shape tersebut dari lingkungan sekitarnya atau dari latar belakang yang terlalu ramai. Untuk membuat kontras kuat antara shape dan sekitarnya yang membentuk shape tersebut. Kontras ini dapat terjadi sebagai akibat dari perbedaan gelap terang atau perbedaan warna.
Sebuah shape tentu saja tidak berdiri sendiri. Ketika masuk kedalam sebuah pemandangan yang berisi dua atau lebih shape yang sama, kita juga dapat meng-crop salah satu shape untuk memperkuat kualiti gambar. Kita boleh ambil contoh foto yang mengandung unsur shape adalah foto shilouette, foto tersebut membandingkan objek yang dalam keadaan terang dan gelap dimana objek yang gelap atau tidak terkena cahaya atau objek di depan cahaya itu akan membentuk shape .
* FormKetika shape sendiri dapat mengindentifikasikan objek, masih diperlukan form untuk memberi kesan padat dan tiga dimensi. Hal ini merupakan faktor penting untuk menciptakan kesan kedalaman dan realitas. Kualiti ini tercipta dari pembentukan cahaya dan tone yang kemudian membentuk garis-garis dari sebuah objek. Faktor penting yang menentukan bagaimana form terbentuk adalah arah dan kualiti cahaya yang mengenai objek tersebut.
* TeksturSebuah foto dengan gambar tekstur yang menonjol dapat merupakan sebuah bentuk kreatif dari shape atau pattern. Jika memadai, tekstur akan memberikan realisme pada foto, membawa kedalaman dan kesan tiga dimensi ke subyek anda.
Tekstur dapat terlihat jelas pada dua sisi yang berbeza. Ada tekstur yang dapat ditemukan bila kita mendekatkan diri pada subyek untuk memperbesar apa yang kita lihat, misalnya bila kita ingin memotret tekstur permukaan sehelai daun. Ada pula saat dimana kita harus ke belakang kerana subjek yang kita tuju adalah pemandangan yang sangat luas. Tekstur juga muncul ketika cahaya menerpa sebuah permukaan dengan sudut rendah, membentuk bayangan yang sama dalam area tertentu.
Memotret tekstur dianggap berhasil bila pemotret dapat mengkomunikasikan sedemikian rupa sehingga pengamat foto seolah dapat merasakan permukaan tersebut bila menyentuhnya. Sama seperti pattern, tekstur paling baik ditampilkan dengan beberapa variasi dan nampak melebar hingga keluar batas gambar.
* PatternsPattern yang berupa pengulangan shape, garis dan warna adalah elemen visual lainnya yang dapat menjadi unsur penarik perhatian utama. pengulangan itu menimbulkan kesan ritmik dan harmoni dalam gambar. Tapi, terlalu banyak keseragaman akan mengakibatkan gambar menjadi membosankan. Rahsia penggunaan pattern adalah menemukan variasi yang mampu menangkap perhatian pemerhati.
Pattern biasanya paling baik diungkapkan dengan merata. Walaupun pencahayaan dan sudut bidikan kamera membuat sebuah gambar cenderung kurang kesan kedalamannya dan memungkinkan sesuatu yang berulangkali menjadi menonjol.

Setelah anda mempelajari dan memahami konsep dasar Element Of Art berikut adalah ebebrapa jenis komposisi yang bisa di gunakan :
* Rule of thirdsBayangkan ada garis-garis panduan yang membentuk sembilan buah empat persegi panjang yang sama besar pada sebuah gambar. Elemen-elemen gambar yang muncul di sudut-sudut persegi panjang pusat akan mendapat daya tarik maksimum.
* Format : Horizon atau VertikalProporsi empat persegi panjang pada viewinder memungkinkan kita untuk melakukan pemotretan dalam format landscape/horizontal atau vertikal/portrait. Perbezaan pengambilan format dapat menimbulkan kesan yang berbeza pada komposisi akhir. Lihatlah pada tingkap bilik secara horizontal maupun vertikal dan tentukan keputusan kreatif untuk hasil terbaik. Konsep element of art biasa digunakan dalam pengambilan gambar baik secara vertical maupun horizontal, kerana hasil dalam fotografi itu ada dua, kalau tidak horizontal pastilah vertical.
* Keep it simpleDalam beberapa keadaan, pilihan terbaik adalah keep it simple. Sangat sulit bagi orang yang melihat sebuah foto apabila terlalu banyak titik yang menarik perhatian. Umumnya makin ramai sebuah gambar, makin kurang menarik gambar itu. Karena semakin ramai objek dalam foto, akan membingungkan objek mana yang sebenarnya kita fokuskan dan yang pesan yang ingin kita sampaikan dalam foto itu akan berbeda penafsiran dengan orang lain, yang akan mengakibatkan kurang maksima hasil dari fotokita sendiri. Cobalah memberi tumpuan pada satu titik perhatian dan maksimakan daya tariknya.
* Picture scaleSebuah gambar yang nampak biasa namun menjadi menarik kerana ada sebuah titik kecil yang menarik perhatian. Dengan pemotretan landscape atau monument, kembangkan daya tarik pemotretan dengan menambahkan obyek yang diketahui besarnya sebagai titik perhatian untuk memberikan kesan perbandingan skala.
* HorizonsMengubah keseimbangan langit dan tanah dapat mengubah pemandangan gambar secara radikal. Bila gambar hampir dipenuhi oleh langit akan memberikan kesan terbuka dan lebar tapi bila langit hanya disisakan sedikit di bagian atas gambar, akan timbul kesan penuh.
* Leading linesGaris yang membawa mata orang yang melihat foto ke dalam gambar atau melintas gambar. Umumnya garis-garis ini berbentuk :
Garis-garis yang terlihat secara fizik misalnya jalan atau tidak terlihat secara langsung misalnya bayangan, refleksi.
* Be differentBarangkali ada tangkapan2 lain yang dapat diambil selain pendekatan dari depan dan memotret paralel ke tanah. Bergerak mendekat dari yang diduga seringkali menghasilkan kesan kesan yang menarik.
* ColourMembuat bahagian dari gambar menonjol dari background. Cara utama untuk memperoleh hal ini adalah memperoleh subyek yang warna atau nadanya berbeda secara radikal dengan background.
* FramingBila subjek secara khusus mempunyai bentuk yang kuat, penuh frame dengan subjek. Baik itu dengan cara menggunakan lensa dengan fokus lebih panjang atau bergerak mendekati subyek.
* Shooting position
Ketika kita merasa jenuh dengan komposisi yang itu-itu saja, cobalah mengubah sudut pandang sepenuhnya. Misalnya posisi duduk ke posisi berdiri atau pengambilan bidikan dari atas atau bawah dari subyek.
Number of subjectPemotretan dengan banyak subjek yang relatif seragam, kurang menarik dari pandangan komposisi. Temukanlah salah satu subjek yang berbeza diantara sekian banyak subjek tersebut. Berbeza dimaksudkan berbeza gerakan, bentuk dan warna.
“Apakah lensa yang terbaik patut saya beli?” - Ini adalah salah satu soalan yang paling banyak saya terima daripada kawan-kawan saya. Susah sebenarnya untuk menjawab soalan ini dengan tepat. Lensa yang terbaik untuk anda bergantung kepada bajet dan keperluan fotografi anda. Terdapat berpuluh jenis lensa di pasaran bagi setiap jenama. Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri.

Untuk mengetahui apakah lensa yang patut anda beli, pertama sekali anda perlu tahu, subjek apakah yang paling banyak anda rakam. Adakah anda banyak merakam foto pemandangan atau potret atau aksi sukan dan sebagainya.

Berikut ini saya senaraikan beberapa jenis lensa (mengikut focal length berdasarkan crop factor 1.5X) berdasarkan kesesuaian merakam subjek tertentu.

1. Lensa sekitar 12mm–18mm sesuai untuk merakam gambar landscape atau architechture
2. Lensa sekitar 50mm–80mm sesuai untuk merakam gambar potret
3. Lensa macro sekitar 60mm-105mm sesuai untuk merakam gambar bunga atau serangga dari jarak dekat
4. Lensa sekitar 200–400mm sesuai untuk merakam foto sukan atau hidupan liar


Selain dari itu, anda perlu tetapkan berapakah bajet anda untuk membeli lensa yang anda perlukan. Jika ditanya apakah lensa apakah yang terbaik untuk dibeli, jawapan mudahnya tentulah lensa yang paling mahal adalah lensa yang paling berkualiti bagi setiap kategori lensa tertentu. Biasanya, lensa yang mahal adalah lensa yang berkebolehan memberikan bukaan aperture maksima yang besar seperti f/2.8. Lensa yang berkualiti juga biasanya ada kelebihan istimewa lain seperti VR atau IS bagi mengurangkan risiko gegaran pada foto. Jika anda tidak mampu atau rasakan kelebihan yang ditawarkan tidak begitu bermanfaat untuk anda, anda boleh beli lensa tanpa ciri-ciri ini dengan harga yang jauh lebih murah.

Sekiranya anda seorang beginners yang suka merakam subjek biasa yang ada di sekeliling anda, penggunaan kit lens sudah memadai. Anda tidak perlu terburu-buru untuk membeli lensa tambahan. Berikan sedikit masa untuk anda lihat kecenderungan anda di dalam fotografi. Selepas beberapa bulan dan setelah mengenal pasti bidang pengkhususan anda di dalam fotografi, barulah anda perlu beli lensa tambahan.
Ada orang yang lebih cenderung merakam foto potret, ada yang cenderung merakam foto pemandangan dan ada yang cenderung merakam foto objek mikro sahaja. Setelah mengenal pasti kecenderungan anda, sesuailah jika anda beli lensa berkualti (mahal) yang khusus untuk melakukan kerja mengikut kecenderungan anda. Dengan ini, pelaburan anda akan mendatangkan hasil yang berbaloi kerana lensa yang dibeli digunakan sepenuhnya dan mampu membawa anda lebih jauh dalam penghasilan karya yang berkualiti.
Seseorang yang kerap merakam objek mikro misalnya perlu membeli lensa macro berkualiti tinggi yang berharga sekitar RM3,000. Manakala seseorang yang lebih minat merakam foto hidupan liar perlu membeli lensa bersesuaian yang berkualiti seperti lensa 300mm f/2.8 yang berharga sekitar RM18,000 jika dia mampu dan sanggup berbelanja.
Nasihat saya, sebelum membeli sebarang jenis lensa tambahan, buatlah pertimbangan yang wajar tanpa terpengaruh dengan kawan-kawan. Adalah tidak wajar dari segi kewangan untuk membeli lensa baru sekadar untuk menunjuk-nunjuk, sekadar untuk mengikut perkembangan teknologi atau sekadar ingin kelihatan setaraf dengan rakan-rakan lain. Sebelum membeli sesuatu lensa tambahan, pastikan gambar yang bagaimanakah yang ingin anda dapatkan dan pastikan samada lensa yang bakal anda beli itu betul-betul boleh memberikan apa yang anda harapkan. Pastikan juga anda akan menggunakan lensa yang dibeli itu ke tahap maksima. Anda tidak perlu beli lensa yang berkualiti tinggi jika anda jarang-jarang menggunakan lensa tersebut. Untuk lensa yang jarang digunakan, anda boleh beli lensa yang lebih murah, lensa terpakai atau pinjam sahaja dari rakan-rakan.

Menggunakan flash
Bila merakam foto menggunakan flash, biasanya hasil gambarnya akan kelihatan tidak natural. Saya selalu pesan kepada peserta kursus - kalau pakai flash, jangan bagi nampak macam pakai flash. Maksudnya, kita mesti kawal supaya cahaya flash tersebut nampak natural dan cantik. Untuk mendapatkan kesan cahaya flash yang menarik, anda boleh mengikuti beberapa tips ini:
1) Jadikan flash sebagai fill-in sahaja, bukan sebagai main light. Secara mudahnya, gunakan ISO yang agak tinggi, aperture yang paling besar dan shutter speed yang paling perlahan untuk mendapatkan kesan flash yang natural dan teradun dengan cahaya semulajadi. Jika anda menggunakan kawalan TTL pada flash, anda boleh letakkan flash compensation pada -1, -2 dan sebagainya, untuk menjadikan flash anda sebagai fill-in sahaja.
2) Lembutkan cahaya flash dengan cara memantulkan (bounce) flash tersebut ke syiling atau ke dinding. Cuma pastikan sudut pantulan anda adalah betul dan menghasilkan kesan pencahayaan yang menarik. Anda juga perlu ingat agar elakkan bounce kepada syiling atau permukaan yang terlalu tinggi atau berwarna gelap kerana kuasa flash anda tidak mampu memantulkan balik cahaya tersebut. Ini akan mengakibatkan flash anda jadi cepat panas, tempoh recycle bateri menjadi perlahan dan bateri cepat habis. Jika permukaan tersebut terlalu jauh atau terlalu gelap, gambar yang dihasilkan akan menjadi gelap (under exposed)
3) Untuk mengurangkan bayang yang dihasilkan oleh flash, anda boleh gunakan reflector untuk memantulkan kembali cahaya utama sekaligus mengurangkan bayang. Reflector adalah satu aksesori yang amat penting dan berguna untuk jurufoto perkahwinan atau jurufoto potret. Terdapat berbagai jenis reflector di pasaran, tetapi yang paling praktikal adalah reflector bernama TriGrip buatan Lastolite.
4) Anda juga boleh lembutkan cahaya flash dengan menggunakan diffuser dihadapan flash. Diffuser ini boleh dibuat dari sebarang objek yang lutcahaya. Setiap bahan akan memberikan kesan cahaya yang berlainan. Anda boleh gunakan kertas putih, kertas tisu atau plastik putih yang lutcahaya (seperti botol susu yang dibuat dari plastik) Untuk anda yang lebih serius, anda boleh gunakan aksesori seperti umbrella atau softbox. Antara jenama yang terkenal adalah Lumiquest dan Lastolite.
5) Untuk kesan yang lebih semualajadi, jangan pakai flash langsung jika keadaan mengizinkan. Anda perlu ada lensa dengan aperture yang besar seperti f/2.8 untuk tujuan ini. Anda juga mestilah boleh merakam foto dengan shutter yang perlahan seperti 1/8 saat serta ISO tinggi seperti ISO 800. Untuk merakam foto dengan shutter yang perlahan, anda perlu ada lensa VR atau IS. Atau anda boleh guna lensa biasa, tetapi perlu mempunyai tangan yang stabil.
6) Selain dari cahaya lembut, cahaya direct flash juga boleh menghasilkan foto yang menarik jika kena dengan subjeknya. Cahaya direct flash lebih kasar dan menghasilkan bayang yang ketara. Untuk menjadikan direct flash lebih menarik, anda perlu pancarkan flash anda secara off-camera (flash tidak berada di atas kamera) Anda perlu mempunyai TTL cord untuk tujuan ini. Anda boleh pancarkan flash dari sudut tepi kamera anda dan sebagainya. Dengan pancaran flash secara off-camera, foto anda tidak akan kelihatan seperti foto biasa dimana flash dipancarkan dari atas kamera.

100 TAHUN BELAJAR FOTOGRAFI
Walaupun kita ada 100 tahun untuk belajar fotografi, kita takkan habis
belajar mengenai fotografi. Kalau kita tahu segalanya pun, kita takkan
mahir dalam segala bidang pengkhususan fotografi. Begitulah luasnya
ilmu fotografi.
Bercakap mengenai kamera saja sudah cukup luas bidangnya. Kebanyakan
kita yang heboh dengan dunia fotografi sekarang ni, cuma melihat
fotografi dalam skop DSLR 35mm sahaja. 35mm ni adalah format paling
kecil dalam dunia kamera profesional, ibarat adik bongsu. Masih luas
untuk kita menjelajah dalam dunia medium format apatah lagi large
format. Dikala kita masih terkapai-kapai bermain dengan CLS portable
flash, kita masih kabur dengan monoblock flash, apatah lagi power pack
flash, portable potty, jauh sekali bereksperimen dengan continuous
light seperti HMI Arri.
semakin banyak kita menuntut ilmu, semakin sedarlah kita bahawa, lebih
banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu. Jika kita hanya duduk di
pantai, kita tidak dapat bayangkan betapa luasnya laut.

Seorang jurugambar terhebat dalam bidang pengiklanan misalnya, sedar
bahawa, dia tidak sehebat mana dalam bidang fotografi lain yang bukan
dalam bidang pengkhususannya. Jadi jurugambar kahwin pun bukan semudah
yang disangka. Sesiapa pun boleh jadi jurugambar dalam apa-apa bidang
sekalipun, tetapi, untuk jadi yang terbaik diantara yang terbaik…
hanya satu dalam sejuta.
Kadangkala, sedih melihat, segolongan jurugambar yang baru beberapa
kali minum kopi bersama jurugambar ternama, sudah merasakan dirinya
sehebat mentornya. Baru beberapa kali gambarnya dipuji, sudah rasa
ilmu penuh di dada. Janganlah kita berpuas hati dengan pujian yang
diterima, lebih baiklah kita mencari kritikan yang membina supaya kita
sentiasa memperbaiki diri.
saya turut kagum dengan segelintir jurugambar baru yang rajin menjelajah
segenap ilmu fotografi. Kelompok ini sanggup berhabis wang dan masa untuk
memperbaiki diri mereka. Sanggup menebalkan muka dan merendah diri untuk
mendapatkan secebis ilmu. Sanggup berkawan dengan sesiapa saja untuk
berkongsi pendapat. Ini sifat yang terpuji.


Belajarlah dan berlatihlah tanpa jemu, sebab kita tidak ada 100 tahun
untuk fotografi

Aperture ???Thursday,Kenapa aperture diberi nama f/number?
Apa maksud f/number sebenarnya?

Apa maksud huruf “f”. Apa maksud “/”. Apa maksud “number”.

f/number merujuk kepada saiz bukaan aperture. Saiz bukaan aperture dinamakan dengan f/number seperti f/2.8, f/4, f/5.6 dan sebagainya.

f/number bermaksud:
Nombor focal length dibahagikan dengan nombor diameter bukaan aperture.

Contoh 1:
Focal length – 100 mm
Saiz sebenar diameter bukaan aperture - 12.5 mm
Aperture – f/8
( 100/12.5 = 8 )

Contoh 2:
Focal length – 50 mm
Saiz sebenar diameter bukaan aperture - 6.25 mm
Aperture – f/8
( 50/6.25 = 8 )

Jadi, kalau lihat pada 2 contoh di atas, kita dapat simpulkan bahawa, aperture f/8 adalah berbeza dari segi saiz diameter bukaan aperturenya pada 2 jenis lensa yang berbeza. Tetapi, ianya mempunyai nilai f/number yang sama iaitu f/8. Oleh kerana f/numbernya sama, ianya memberikan jumlah cahaya yang sama masuk melalui aperture, walaupun saiz diameter bukaan aperture adalah tidak sama.

Perlukah anda tahu perkara ni? Sebenarnya tidak wajib tahu. Tapi, kalau tahu, lagi bagus. Setiap kali kita ambil gambar, kita mesti akan guna aperture. Jadi, elok jugak kalau kita betul-betul faham pasal aperture. Saya biasanya tak ajar sedetail macam ni dalam kursus AFD. Saya cuma akan ajar perkara yang betul-betul penting dan praktikal. Tapi, kadang2 ada juga peserta yang bertanya pasal perkara teknikal macam ni. Jadi, saya kena jawablah

Kamera untuk tutup malu
Isu kamera murah dan kamera mahal memanglah satu isu yang sentiasa
dibincangkan. Orang baru dalam fotografi sentiasa terdorong untuk
membeli kamera yang tercanggih yang ada di pasaran, yang kadangkala
membebankan dari segi kewangan. Sindrom ini jadi makin kronik bila
kawan-kawan selalu ‘racun’ kita untuk beli kamera dan accessories yang
terbaru dan terbaik di pasaran.

Dari pemerhatian saya, ini terjadi kerana orang baru dalam fotografi
tiada keyakinan pada diri sendiri. Mereka kurang pengetahuan fotografi
dan kurang pengalaman. Jadi, untuk menutup kelemahan diri, ramai yang
ambil jalan mudah – beli kamera mahal lagi canggih, dengan harapan,
gambar yang dirakam akan jadi hebat secara otomatik. Malangnya,
pendapat ini tidak benar.

Orang baru harus banyak belajar, banyak bertanya, banyak mengkaji dan
banyak berlatih merakam gambar. Dengan cara ini, anda akan cepat
pandai. Anda akan dapat keyakinan diri. Anda perlu yakin, bahawa, yang
membuatkan gambar yang anda rakam itu cantik adalah kemahiran yang ada
pada diri anda, bukannya disebabkan oleh kamera yang canggih.

Bila anda masuk bidang fotografi dan ingin jadi jurugambar, pastikan
bahawa, minat utama anda ialah untuk hasilkan gambar yang baik, bukan
mengumpul berbagai jenis peralatan kamera dan membeli setiap kamera
keluaran terbaru. Maksudnya, jika ingin jadi jurugambar yang baik,
anda harus fokuskan masa dan wang anda lebih kepada pembelajaran dan
penguasaan kemahiran fotografi. Kamera hanyalah sekadar alat.

Jika anda ada kamera mahal, kamera tersebut akan jatuh harganya
selepas beberapa tahun. Tapi jika anda ada ilmu dan kemahiran
fotografi dalam diri anda, ianya tidak akan jatuh nilai, malah nilai
diri anda sebagai seorang jurugambar akan sentiasa naik dengan setiap
kemahiran dan ilmu yang anda perolehi.

Tidak salah membeli peralatan kamera mahal jika anda mampu. Tapi,
sebagai jurugambar, pastikan bahawa, kemahiran anda sentiasa lebih
hebat dari kamera anda. Janganlah hanya sekadar bergaya dengan
peralatan hebat, tapi takut nak tunjuk hasil gambar.

Memang ada golongan yang digelar camera collector. Ianya juga satu
hobi yang baik dan menarik. Tapi, kalau anda ingin dikenali sebagai
jurugambar, anda lebih patut rakam dan collect gambar yang baik, bukan
collect peralatan kamera
BACKGROUND DALAM GAMBAR
Baru baru ni saya berkesempatan untuk minum-minum bersama kawan-kawan photograher dari Kuching, Sarawak. Bagus sesi TT (The Tarik) mereka. Ada yang siap bawak gambar untuk sesi kritik. Antara sedikit yang ingin saya kongsikan di sini, bila ada yang bertanya, bagaimana dengan pemilihan BACKGROUND subjek?

Terlalu umum soalan itu. Jawapan saya juga mungkin sifatnya umum. Pemilihan latarbelakang subjek, terutamanya subjek manusia (potret), bergantung kepada untuk siapa gambar itu dirakamkan. Masih subjektif. Contohnya, untuk gambar yang bersifat kembara (travel) atau pelancongan (tourism), background haruslan jelas dan sharp sebolehnya, dan menunjukkan lokasi di mana subjek itu berada, seperti berlatarbelakangkan gunung kinabalu, atau air terjun dan sebagainya.

Background adalah aspek yang sangat penting dalam komposisi gambar, yang mungkin kita abaikan selama ini. Pada pendapat saya, background adalah bersifat supportive, harus membantu subjek, membantu penceritaan gambar kita. Ingat, sifat elemen lain dalam gambar kita selain subjek adalah sebagai supportive subjek, bukan sebagai distractive elemen.

Dalam ruangan lain kita mungkin boleh perbincangkan, bagaimana nak menjadikan elemen background itu sebagai supportive, dan bagaimana nak eliminate background berdasarkan situasi dan peralatan yang kita ada.

Bateri paling penting
Berbeza dengan kamera SLR manual zaman filem, kamera digital amat bergantung kepada bateri. Ini kerana, hampir keseluruhan komponen dalam kamera digital dikawal oleh sistem elektronik yang merangkumi auto focusing, pembacaan meter dan pelepasan shutter. Tanpa bateri, kamera digital tidak boleh digunakan sama sekali.
Dengan bateri yang baru dicas, DSLR saya boleh mendapat antara 1,000 hingga 1,300 foto tanpa menggunakan flash. Jumlah yang berbeza ini bergantung kepada tempoh kamera dalam keadaan standby, kadar penggunaan autofocus dan paparan gambar yang baru sahaja dirakam. Saya mempunyai sebuah bateri simpanan yang saya bawa ke majlis penting dan juga ketika mengikuti ekspedisi ke kawasan hutan yang terpencil.
Pengetahuan tentang keupayaan bateri dan penjagaannya membolehkan kita sentiasa memiliki peratan dalam keadaan yang bersedia. Antara perkara yang paling melecehkan ialah apabila kamera kita kehabisan bateri ketika sedang rancak mengambil gambar. Bagi jurufoto profesional, ini sudah tentu mencabar imej dan menganggu daya tugas. Kehabisan kuasa bateri selalunya lebih teruk daripada kehabisan ruang simpanan dalam kad memori.
Kebanyakan DSLR menggunakan bateri lithium-ion yang boleh dicas semula. Bateri ini datang dengan bentuk dan sambungan yang tersendiri untuk jenama dan model tertentu. Biasanya bateri sebegini amat mahal tetapi mampu membekalkan cas yang banyak. Kelemahannya ialah jika berlaku kecemasan, anda perlu menggunakan bateri simpanan yang sama jenis atau tunggu sehingga bateri anda siap dicas.
Pentax adalah satu-satunya sistem DSLR yang membolehkan bateri saiz AA digunakan pada kameranya. Kebiasaannya pemilik Pentax menggunakan bateri rechargable seperti yang digunakan pada unit flash tetapi jika dalam keadaan terdesak, beliau boleh menggunakan bateri alkaline biasa yang boleh dibeli di mana-mana kedai runcit. Kelebihan ini lebih bermakna apabila anda terpaksa pergi ke kawasan yang tidak membolehkan anda mengecas bateri seperti hutan atau negara yang mempunyai sistem voltage berbeza.
Apabila bateri kamera semakin lemah, foto yang dihasilkan berkemungkinan kurang baik. Sistem autofocus akan lebih lembab dan noise akan kelihatan lebih jelas. Ini kerana cas bateri yang kurang menyebabkan motor autofocus tidak mendapat kuasa yang mencukupi. Pada unit pemprosesan imej pula, kuasa yang kurang menyebabkan proses menghasilan imej menjadi kurang berkesan.
Jika bateri anda sudah lemah tetapi anda perlu mengambil gambar yang penting, beberapa kaedah mudah boleh membantu anda mendapatkan beberapa frame ekstra:
1. Matikan sistem stabilizer.
2. Matikan sistem autofocus.
3. Matikan LCD maklumat dan live view.
4. Matikan sistem noise reduction dalam kamera.
5. Jangan guna built-in flash dan AF illuminator.

Yang lebih penting, pastikan anda mengecas bateri sebelum keluar dan bawa bekalan secukupnya kerana bateri adalah nyawa kamera anda.Huhuhu kalau tidak kelam kabut jadinya

CARA MENGGUNAKAN SPEEDLITE
Sejak zaman penggunaan filem, portable flash adalah satu peralatan yang penting dalam fotografi. Kita menggunakannya dalam pelbagai situasi sama ada dalam ruang tertutup mahupun di bawah matahari sebagai fill-in. Sebagaimana pentingnya flash, ia selalu disalah gunakan hingga boleh merosakkan gambar yang bagus.
Flash memberikan ruang kawalan cahaya yang sangat tinggi terutamanya di ruangan tertutup. Teknik ceiling bounce iaitu dengan memantulkan cahaya flash ke siling akan mencerahkan keseluruhan ruang lantas menjadikan latar belakang lebih menarik. Anda juga boleh mengawal arah datangnya cahaya dan keamatannya untuk menghasilkan kesan yang dihajati. Kelebihan utama portable flash berbanding dangan yang dibina pada badan kamera ialah sudut cahaya boleh dikawal sama ada dengan menggerakkan kepala flash, penggunaan kabel atau pun wireless.

Sejarah flash bermula dengan bulb flash. Ketika itu bulb flash memberi cahaya dengan cahaya yang keluar hasil mentol yang terbakar selepas digunakan. Untuk satu bulb flash hanya boleh digunakan sebanyak empat kali saja. Flash bulb juga boleh didapati dalam bentuk seperti payung. Mentolnya akan terbakar setiap kali merakam foto.
Kemudian wujud flash yang lebih sempurna dangan binaan mentol yang tidak terbakar setiap kali digunakan. Cuma harus diingat tempuh hayatnya boleh lupus umpamanya ia akan tidak berfungsi selepas 15 ribu kali simbahan atau lebih dari itu. Flash ini datang dengan fungsi manual. Cahaya yang terhasil oleh flash manual adalah sama walaupun jarak objek berbeza.
Dengan wujud pula flash yang bercirikan automatik flash boleh berfungsi secara menyimbah cahaya mengikut keperluan jarak objek. Jika objek dekat cahaya minimum dikeluarkan. Objek yang jauh cahaya akan menyimbah maksimum.
Era digital menghasilkan flash yang lebih baik bilamana pengiraan aperture lebih tepat. Flash ini lebih bersesuian dengan kamera program. contoh, SB27 untuk kamera Nikon F5 dan seumpamanya.
Flash satu alat tambahan yang perlu sentiasa dibawa oleh pengamal senifoto. Anda akan menghadapi masalah jika tidak membawa flash ke lokasi yang kurang cahaya. Kecuali anda yang mahir menggunakan ISO filem yang tinggi dan memproses cara push-up. Namun mutunya kurang baik.
Anda boleh menggunakan teknik low shutter speed. Tapi teknik ini menjadi masalah jika terdapat objek yang bergerak. Justeru, flash amat penting dibawa setiap masa. Banyak teknik boleh dipraktik ketika menggunakan flash.
Antaranya
* Halaan terus ke objek (direct flash) - Teknik ini adalah biasa digunakan oleh semua orang. Hasilnya kadang kala kurang menarik. Menjadi masalah jika mengambil foto potret yang menggunakan cermin mata. Ada masanya cahaya flash akan bersinar di permukaan cermin mata model.
Potret kurang menarik jika latarbelakang rapat dengan model akan menyebabkan bayang yang keras terbena disebelah potret.
* Halaan pantulan (bounce flash) - Teknik ini menarik digunakan pada pengambaran potret. Banyak cara boleh digunakan. Anda boleh menghalakan flash ke siling rumah atau bilik. Cahaya lantulannya akan melembutkan muka model. Tambahan teknik ini akan menggunakan Aperture lobang besar. Amat baik untuk model wanita. Banyak flash yang terdapat dipasaran, sesuai untuk teknik ini.
* Penggunaan filter pada flash. - Teknik ini boleh digunakan dengan meletakkan filter khas yang boleh dibeli dari kedai-kedai fotografi. Ada filter yang boleh melembutkan cahaya flash. Dan ada juga filter yang boleh memberi warna khas pada foto anda.
Anda juga boleh membuat sendiri filter-filter seumpama ini dengan membuat menggunakan Kertas Tressing. Flash binaan digital telah tersedia dengan kad reflektor.
* Flash berkembar -Teknik ini boleh memberi tambahan cahaya. Tapi perlu berhat-hati jika anda menggunakan aperture yang besar atau kecil. Flash berkembar akan membantu ketika merakam foto dari jarak jauh. Anda boleh menggunakan dua flash bersama alat tambahan Slef Unit. Atau anda menggunakan flash yang menggunakan klip khas untuk melekapkan flash tambahan.
* Simbahan manual - Simbahan manual bermaksud anda menyimbahkan cahaya flash dengan cara menekan butang test berulang kali ketika merakam foto menggunakan low shutter speed.
Contoh anda merakam di cahaya malap dengan bukaan aperture paling kecil selama hampir 1 hingga 2 minit. Pada ketika shutter speed masih membuka aperture anda perlu menyimbah cahaya flash ke arah lokasi pengambaran anda. Hasilnya anda akan memperolehi foto yang bermutu bilamana anda dapat merakam cahaya asli yang terdapat disekitaran lokasi. Simbahlah cahaya untuk sekurang-kurangnya lima kali.

Isnin, 21 Februari 2011

try me...

contact:\
Siti Nuridayu Bt Mohd Abidi
012-9425971
012-3009879 (REZA)
izieeda_1225@yahoo.com
www.facebook.com/siti ayu

ENGAGEMENT
RM 150-RM350.00
(REGULAR)
+MILEAGE dEPEND ON LOCATION
4HOUR PHOTOSHOT
8X12-1PCS+ FRAME
1ALBUM =4R-80PCS STICKY ALBUM @
1 STORYBOOK ALBUM
4PCS EDIT TOUCH-UP/ENCHANCE
1CD(150PCS SOFTCOPY)



RM600-2000.00
WEDDING 3 STRAIGHT EVENT(NIKAH+2RECEPTION)
pACKAGE 1 =
+MILEAGE DEPEND ON LOCATION
+2 PHOTOBOOK ALBUM
2PCS-8R (EDIT TOUCH-UP/ENCHANCE)WITH FRAME
1DVD SOFTCOPY

PACKAGE 2+
+MILEAGE DEPEND ON LOCATION
3ALBUM (11.5'X15.4')
2PCS-8R(EDIT TOUCH-UP/ENCHANCE)WITH FRAME
1 DVD COPy
FREE OUTDOOR (2 HOURS PER DAY)
EXTRA ALBUM+RM600(12X30)INCI


RM299-350
BABY PHOTOGRAPHY# NEW BORN PHOTOGRAPHY#BIRTHDAY PARTY#CUKUR JAMBUL#KIDS PHOTOGRAPHY#PREGNENTCY
+MILEAGE DEPEND ON LOCATION
+2 HOURS PHOTO SHOOT
1CD PHOTOCOPY
2 PCS 8R WITH FRAME
EDIT TOUCH-UP/ENCHANCE

RM500-1500.00
FAMILY DAY#SPORT EVENT#MAKAN MALAM#MAJLIS KERAIAN#FAMILY PICNIC#COUPLE PHOTOGRAPHY#PRE-WEDDING&AFTER WEDDING.


RM500-1500.00
STUDENT/SCHOOL PAKAGE(KONVOKASYEN@MAJLIS gRADUASI SEKOLAH)
MILEAGE DEPEND ON LOCATION


RM40.00 PERSON
1PCS 8X10R INDIVIDUAL
1PCS PHOTOGROUP FRIENDS &FAMILY
bACKDROP RAK BUKU@OUTDOOR
*EDIT TOUCHUP/ENCHANCE LOGO,NAMA SEKOLAH,NAMA PELAJAR.
*PHOTOSESSION AT PLACES OF UR CHOICE AROUND EVENT

****TADIKA******
: RM18 PERSON
4 PCS PASPORT
1 PCS GROUP CLASS 4R
1 PCS 8X10R(INDIVIDUAL)
@
rm28-4 pcs pasport
1psc group
1pcs individu
1 pcs with fmly

-------------------------------------------------------------------------------------------------

VALUE A (new updated)[sesuai untuk majlis di rumah pengantin PEREMPUAN]
[Nikah+persalinan+malam berinai+sanding+potong kek+outdoor]

1 Set Story Album 10" x 12"
1 Set Foto with Frame 16R
DVD copy
Unlimited Shoot (DVD)
1 Fotografer
Indoor + Outdoor photography

Price: RM 1500.00

[ Transport RM50 and above (depend on location) ]
Deposit: RM 300.00
[ Full Settlement: 1 week before event and will get DVD copy on the next 1 week ]

7.ENGAGEMENT (new updated)
1 Set Mockup Album: 80pcs 4R
1 Set A4 with Frame
DVD copy
Limited Shoot
1 Fotografer

Price: RM 500.00
[ Transport RM50 and above (depend on location) ]
Deposit: RM 300.00
[ Full Settlement: 1 week before event and will get DVD copy on the next 1 week ]

Option:

Upgrade Sticky Album to Moke-up Album + RM 100.00
Upgrade to Unlimited Shoot + RM 100.00
Additional Fotografer + RM 250 per person


personal background





















pic masa kerja kat Institut Kemahiran Belia Negara
pic masa konvokasyen kat Putrajaya
pic masa menang pertandingan kemahiran malaysia tahun 06-07..
pic masa praktikal kat petronas twin tower,kl

P/s untuk student SMK Lembah Keramat














Kepada bekas pelajar SMK Lembah Keramat yang mahukan softcopy hari Majlis konvokasyen SMK Lembah Keramat dari tahun 2007 hingga 2010 boleh menghubungi saya untuk mendapatkannya.

11.09.2007 - Kelab Darul Ehsan
25.10.2008 - Hotel Grand Season
31.10.2009 - Kelab Darul Ehsan
29.10.2010 - Hotel Putra Kuala Lumpur
02.11.2011-Dewan Perdana Felda

Sekian terima Kasih..

_izieeda.blogspot.com_