izieeda...

izieeda telah berada dalam dunia fotografi sejak dari tahun 2007. berpengalaman mengambil gambar-gambar Majlis Perkahwinan,Majlis pertunangan,Majlis Hari Jadi,Majlis Graduasi,Majlis Rasmi sambutan Hari raya,dan majlis perpisahan bagi kakitangan yang bersara atau bertukar ke luar,dan lain-lain lagi.
Kesemua Perkhidmatan di datangkan dalam pakej yang menarik dan berpatutan,Mutu imej adalah yang terbaik seiring dengan ketelitian editor dalam memenuhi kepuasan pelanggan dalam menghasilkan karya yang boleh disimpan sepanjang masa.
Izieda berada di Perak,Selangor,Seremban dan Kuala lumpur.Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi izieeda.blogspot.com
izieeda sedia memberi keindahan seni fotografi kepada anda.Dalam blog ini saya juga akan kongsikan sebahagian pengalaman kehidupan saya sebagai seorang jurugambar..Terima Kasih kerana mengunjungi blog ini..=)

izieeda photography menawarkan kepada anda perkhidmatan fotografi dari harga yang murah dan berpatutan sesuai dengan pakej yang di pilih...
1. Pastikan pakej yang anda pilih sesuai dengan acara majlis anda.
2. Fotoshoot untuk OUTDOOR(WEDDING) adalah PERCUMA. (harga pakej tidak akan berubah jika dibatalkan)
3. Pakej juga tidak berubah jika anda tidak melaksanakan seluruh acara. Anda perlu bijak memilih pakej yang sesuai. Jika perlu anda boleh berbincang dengan kami.
4. Setiap pakej hendaklah didahulukan deposit mengikut pakej yang mana bayaran minimum adalah kira-kira RM300.00. Jika berlaku pembatalan kami akan memulangkan wang deposit kepada anda sebanyak RM200.00 dan baki RM100.00 dianggap kos kerugian kami kerana menolak tempahan lain setelah anda membuat pengesahan untuk tempahan perkhidmatan fotografer pada hari tersebut.
5. Untuk mendapatkan salinan DVD bagi setiap pakej, anda perlu menjelaskan semua bayaran mengikut pakej yang dipilih SEMINGGU sebelum majlis diadakan. Jika bayaran masih berbaki.... salinan DVD akan disertakan bersama album kemudian yang mungkin terpaksa anda tunggu. .
kepercayaan hendaklah di beri 100% kepada kreativiti,kerja,gaya,gambar dan service yang di beri...
-CEO-

Rabu, 18 November 2009

Pertunangan,Perkahwinan



Melaka

Masa g zoo Melaka PKM..dpt la jalan2 kat A Famosa n Dataran Pahlawan..ambikla sekeping dua pic2 ni..










Selasa, 17 November 2009

Pertandingan Kemahiran Malaysia 2007

"koleksi gambar yang nie lak mase kat zoo melaka..sertai pertandingan kemahiran malaysia 06/07 berkonsepkan haiwan..huhu..so..gambar tiger tu dapat no 3..ahahks..gembira rasanye=)..Terima Kasih kepada tenaga pengajar En.Majid,En.Noor Elkhalidy dan En.Azman...





























Lelaki


Ya Allah,
aku bersyukur kerana kau telah memberikan aku seseorang yang dapat membuat hidupku sempurna..
aku berdoa utk dia yg mnjd sbhgian hdupku,
yang meletakkanku pada posisi kedua setelah Engkau,
yang dapat mnjadi teman di setiap waktu ku,
jadikanlah aku wanita yang membuat dia bangga dgn sebuah hati yang sungguh mecintaiMu,
sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMu
dan,
bukan mencintainya sekadar cintaku
dan jadikanlah dia seorang lelaki yang kekal bahagia dan selamat denganku,
Kau lindungilah dia yang aku cintai
kerana aku ingin terus sempurnakan hidupnya hingga ke akhir hayat sepertimana dia menyempurnakan hidupku..
amin

Ahad, 15 November 2009

KLCC,Kuala Lumpur

pic ni sume hasil masa praktikal kat menara Petronas..puas hati dpt naik sampai tingkat 88..yahuuu!!











dan aku sudah tersenyum...


saat ku tahu kau akan datang
semua ragu pun hilang tiada berbekas
seakan semua tanya menjadi jawab
sebab yang ku nanti
dirimu
akan datang padaku
dan aku selalu tersenyum
menunggu hingga lahirmu..